Selasa, 28 Januari 2014

NOVEL= I'M NOT YOUR PERFECT HUSBAND! BAB5

“Kakak..” Jerit seorang budak perempuan yang comel berulang kali sambil menarik-narik lembut baju kurung Aqisha. Mungkin, seawal empat tahun. Aqisha menunduk ke bawah sedikit apabila melihat kanak-kanak perempuan itu dan tersenyum manis.

“Ye dik.. Kenapa ni?” Tanya Aqisha lembut. Budak perempuan tadi memberi Aqisha suatu kotak kecil gula-gula getah. Aqisha pelik.

“Terima kasih. Siapa yang bagi ni?” Aqisha bertanya. Namun, budak perempuan itu terus sahaja lari. Aqisha tersenyum manis dan kembali berdiri semula.           

“Hai awak..” Tegur seorang lelaki. Aqisha yang baru sahaja bangun dan menyimpan kotak gula-gula getah di dalam handbagnya terkejut apabila seorang lelaki datang menyapanya.

Em manis! Puji Aqisha dalam hati. Macam pernah tengok je. Tapi dekat mana ye? Bisik hati Aqisha cuba untuk menginggati lelaki di hadapannya. Dahinya berkerut-kerut menginggati lelaki itu sama ada mereka pernah berjumpa ataupun belum. Lelaki itu segera memperkenalkan dirinya apabila melihat Aqisha yang seakan-akan susah untuk menginggati dirinya.

“Qis lupa saya? Kita jumpa kat tasik hari tu..” Lelaki itu cuba membantu Aqisha untuk menginggati pertemuan mereka. Aqisha yang baharu sahaja menginggati terus sahaja tersenyum kepada lelaki itu.

“Hah Encik buaya kan? Tak sangka boleh jumpa awak kat sini..” Ucap Aqisha. Dia tidak terfikir pula akan berjumpa kembali dengan lelaki itu. Macam mimpi je.. Hehehe… Ni ke chemistry aku? Aqisha berangan-angan.

Zairo menjeling lelaki di sebelah Aqisha. Macam rapat je dia orang ni… Sedikit perasaan cemburu berbaur di dalam hatinya apabila melihat Aqisha berdiri rapat-rapat di sebelah Fazlan. Dalam butik pakaian pengantin pulak tu.. Eisy… Kenapa aku nak cemburu sangat ni? Tak macho lah Zairo! Detik hati Zairo.

 Dia cuba berlagak biasa di hadapan Aqisha walaupun ada sedikit perasaan cemburu di hati melihat kemesraan mereka. Zairo berjabak tangan dengan Fazlan yang berhadapan dengannya. Mereka saling senyum antara satu sama lain.

“Qis ni lupa ye nak kenalkan abang kat kawan Qis?” Tanya Fazlan dimanja-manjakan suaranya. Hanya kerana untuk melihat reaksi lelaki di hadapannya itu sedarinya tadi Anas sedang berada di bilik persalinan pakaian.

Ceh.. ‘ABANGGG’.. Puittt… Nak termuntah aku.. Ingat aku hadap sangat ke dengan perempuan ini.. Saja nak kasi aku jealous lah ni? Bisik hati Zairo. Ya! Memang benar dia cemburu.. Tersirap semua darahnya apabila mendengar lelaki bersebelahan Aqisha memanggilkan dirinya abang. Dirasakan bagai langit jatuh menghembab kepalanya. Aqisha yang sedari tadi yang Fazlan ada di tepinya terus sahaja memperkenalkan Fazlan kepada Zairo. 

“Opsss..lupa.. Ni abang saya. Fazlan.. Kita orang datang cari persiapan kahwin abang Fazlan dengan kak Anas.” Aqisha kelam kabut memperkenalkan Fazlan sambil matanya melilau-lilau mencari Anas.

“Kak Anas duk dalam fitting room lah Qis.. Tengah try baju kebaya tadi” Ujar Fazlan pantas apabila melihat Aqisha tercari-carikan Anas. Zairo yang mendengar terasa bagai langit yang gelap kembali cerah bercahaya. Dia lega mengetahui lelaki itu bukanlah bakal suami perempuan idamannya.

“Em..Qis, nanti jemputlah kawan Qis datang majlis abang minggu depan ye?” Fazlan memberi cadangan kepada Aqisha agar mengajak Zairo sama-sama memeriahkan majlis perkahwinannya.

Fazlan yang sedar akan naluri hati Zairo terus sahaja meninggalkan mereka berdua untuk memberi peluang kepada mereka untuk bercakap. Lagi pula, Aqisha pun sudah besar bukan budak-budak lagi.
Aqisha terkedu kerana Fazlan meninggalkan dirinya berdua dengan Zairo. Sebenarnya dia malu untuk bertemu lelaki itu dan bermacam lagi perasaannnya. 

“Em..Qis sihat? Hari-hari saya pergi ke tasik tu untuk cari dan tengok kalau-kalau Qis ada ke kat situ..” Ujar Zairo.

 “Tapi..Qis tak jugak muncul-muncul..” Luah perasaan Zairo. Sememangnya dia benar-benar mengharapkan pertemuan antara Aqisha dan dirinya. Tetapi rahsia Allah siapa yang tahu. Akhirnya mereka diketemukan juga di mall ini.

“Em..saya sibuk sekarang. Kerja. Takdek masa nak pergi bersiar-siar kat situ semata-mata nak tengok buaya kat tepi tasik tu” Aqisha melawak. Sungguh dia tidak tahu pula bahawa lelaki itu sanggup menunggunya setiap hari di tasik yang mereka pernah berjumpa. Mereka sama-sama ketawa. Senang hati Zairo apabila wanita itu sama lagi seperti hari pertama mereka bertemu. Malah kelihatan lebih ayu kerana kali ini Aqisha berbaju kurung merah hati dan cantik berhijab.

“Qis..saya nak tuntut janji Qis tu..” Ujar Zairo agar dia tidak terlepas wanita itu sekali lagi.

“Janji apa?” Aqisha berpura-pura tidak faham permintaan Zairo itu. Dia sejujur-jujurnya malu dengan Zairo. 
Tambahan pula dia seorang wanita. Mana boleh terlalu kalut untuk memberi nombornya.

“Nombor Qis la..”ujar Zairo tanpa membuang masa. Dia tahu dia harus menggunakan peluang yang ada itu sebaik mungkin.

“Macam ni.. Awak bagi nombor awak. Nanti saya call awak malam nanti. Ok?” Aqisha memberi cadangan.

“Tak nak lah..sekarang lah.. Cepatlah sayang..” Pujuk Zairo. Dia tidak mahu tertunggu-tunggu lagi. Segera dihulurnya telefon bimbitnya kepada Aqisha. Aqisha menyambut huluran Zairo dan terus menaip nombornya pada skrin telefon bimbit Zairo.

“Em.. Dah lah awak. Tu abang saya dah nak balik dah ni. Lain kali kita jumpa lagi. Bye” Ujar Aqisha tergesa-gesa apabila dilihatnya Fazlan dan Anas sudah bersedia menantinya di luar butik.


“Bye” Zairo membalas. Dia tersenyum dalam hatinya. Dia telah berjaya mendapatkan nombor wanita itu.

Baru dapat update bab5.. Skunk dah lama stop mnulis.. hope sangat la datang idea yang melimpah ruah nanti.. huhu.. Tapi, skunk masih tengah baiki bab-bab yang da buat.. Jenuh gak mata nak check satu persatu ayat sampai bab13.. baru 13 bab.xlagi 30bab.. Aduii.. hehe.. Em..kalo ada apa2 komen,cdangan utk bab-bab dlm novel neh, ckap je tau. Jangan malu2.. peace..