Jumaat, 27 Disember 2013

CERPEN - LARA KASIH


Datuk Wafie sudah tidak sabar melihat orang yang dinanti-nantikannya sudah bertahun-tahun lamanya. Sebaik sahaja pengumuman bahawa pesawat HM507 yang terbang dari New York diumumkan sudah mendarat di lapangan terbang KLIA, Datuk Wafie terus sahaja tersemyum lebar. Tidak sabar rasa hatinya 

untuk melihat wanita itu. Direnungnya ke segenap ruang legar di lapangan itu.Datuk Wafie tersenyum sebaik sahaja terlihat pada sebujur wajah ayu wanita yang dinanti-nantinya itu. Namun, senyumannya bertukar hambar sebaik sahaja wanita itu hanya bersalaman dengan isterinya dan anak tirinya, Azizol.
“Intan, kenapa tak salam dengan papa?” Tanya Datin Hafizah kehairanan. Ahhhh… Tak mungkin dia masih tidak mampu melupakan tragedi hitam itu lagi?  Intan Hazlina hanya membiarkan kata-kata itu terus mati di situ sahaja.
           
 “Intan..” Terhinjut bahu Intan Hazlina apabila tiba-tiba sahaja lamunannya mati sebaik namanya disapa. Dipusing kepalanya dan tersenyum manja kepada abang tirinya itu. Azizol mengambil tempat di sebelah Intan sambil matanya bergerak mengikut pergerakan ikan yang berada di dalam kolam di laman rumah mereka.

“Intan, masih tak maafkan papa Intan?” Tanya Azizol setelah suasana sepi seketika tadinya. Intan merenung wajah Azizol dan kembali semula merenung ke rumput sintitik di kakinya.

“Kerasnya hati Intan kan..” Azizol menyambung katanya setelah pertanyaannya tidak dijawab. Intan Hazlina tidak mampu menahan air matanya daripada keluar menitis.

“Perlukah orang seperti dia mendapatkan kemaafan setelah apa yang terjadi?” Ujar Intan tersekat-sekat. Baginya, papanya tidaak patut mendapat kemaafan atas segala apa yang berlaku. Tidak sama sekali! Intan terus sahaja berlari menuju ke arah kereta hondanya. Dia segera masuk ke dalam perut kereta dan memecut laju kereta itu meninggalkan teratak rumahnya. Hatinya masih beku untuk memaafkan papanya itu.
Berkali-kali kedengaran lagu I’m Yours menandakan ada panggilan masuk. Namun dibiarkan sahaja olehnya. Dia memeluk tubuhnya sambil menyandarkan badanya pada badan kereta. Dia menjamu matanya dengan pemandangan kota . Suasana di pinggir kota di atas bukit sudah cukup jauh untuk dia membawa dia untuk menenangkan diri. Namun, kegusaran hatinya tidak jua lenyap. Hari semakin menginjak gelap kerana jam sudah menginjak 7 malam.
Intan Hazlina kembali memecut keretanya ke sebuah hotel untuk menginap walau hanya dengan sehelai sepinggan. Dia tidak merancang apa-apa. Kerana itulah satu helai baju pun tidak dibawanya. Hatinya sering berlingkar-lingkar dengan beribu persoalan wajarkah dia berkelakuan sekedemikian Namun cepat-cepat dia memikirkan perkara lain.
Dia rimas apabila berkali-kali abangnya itu membuat panggilan kepadanya sejak dia keluar pada siang tadi. Dan berpuluh-puluh jugalah mesej yang diterimanya. Namun, semuanya sia-sia sahaja kerana dia langsung tidak membacanya sebaliknya terus memadamkannya.
        
   

Khamis, 26 Disember 2013

Syukur..~~~~~~~

Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga buat blog ni.. Selamat datang!