Jumaat, 27 Disember 2013

CERPEN - LARA KASIH


Datuk Wafie sudah tidak sabar melihat orang yang dinanti-nantikannya sudah bertahun-tahun lamanya. Sebaik sahaja pengumuman bahawa pesawat HM507 yang terbang dari New York diumumkan sudah mendarat di lapangan terbang KLIA, Datuk Wafie terus sahaja tersemyum lebar. Tidak sabar rasa hatinya 

untuk melihat wanita itu. Direnungnya ke segenap ruang legar di lapangan itu.Datuk Wafie tersenyum sebaik sahaja terlihat pada sebujur wajah ayu wanita yang dinanti-nantinya itu. Namun, senyumannya bertukar hambar sebaik sahaja wanita itu hanya bersalaman dengan isterinya dan anak tirinya, Azizol.
“Intan, kenapa tak salam dengan papa?” Tanya Datin Hafizah kehairanan. Ahhhh… Tak mungkin dia masih tidak mampu melupakan tragedi hitam itu lagi?  Intan Hazlina hanya membiarkan kata-kata itu terus mati di situ sahaja.
           
 “Intan..” Terhinjut bahu Intan Hazlina apabila tiba-tiba sahaja lamunannya mati sebaik namanya disapa. Dipusing kepalanya dan tersenyum manja kepada abang tirinya itu. Azizol mengambil tempat di sebelah Intan sambil matanya bergerak mengikut pergerakan ikan yang berada di dalam kolam di laman rumah mereka.

“Intan, masih tak maafkan papa Intan?” Tanya Azizol setelah suasana sepi seketika tadinya. Intan merenung wajah Azizol dan kembali semula merenung ke rumput sintitik di kakinya.

“Kerasnya hati Intan kan..” Azizol menyambung katanya setelah pertanyaannya tidak dijawab. Intan Hazlina tidak mampu menahan air matanya daripada keluar menitis.

“Perlukah orang seperti dia mendapatkan kemaafan setelah apa yang terjadi?” Ujar Intan tersekat-sekat. Baginya, papanya tidaak patut mendapat kemaafan atas segala apa yang berlaku. Tidak sama sekali! Intan terus sahaja berlari menuju ke arah kereta hondanya. Dia segera masuk ke dalam perut kereta dan memecut laju kereta itu meninggalkan teratak rumahnya. Hatinya masih beku untuk memaafkan papanya itu.
Berkali-kali kedengaran lagu I’m Yours menandakan ada panggilan masuk. Namun dibiarkan sahaja olehnya. Dia memeluk tubuhnya sambil menyandarkan badanya pada badan kereta. Dia menjamu matanya dengan pemandangan kota . Suasana di pinggir kota di atas bukit sudah cukup jauh untuk dia membawa dia untuk menenangkan diri. Namun, kegusaran hatinya tidak jua lenyap. Hari semakin menginjak gelap kerana jam sudah menginjak 7 malam.
Intan Hazlina kembali memecut keretanya ke sebuah hotel untuk menginap walau hanya dengan sehelai sepinggan. Dia tidak merancang apa-apa. Kerana itulah satu helai baju pun tidak dibawanya. Hatinya sering berlingkar-lingkar dengan beribu persoalan wajarkah dia berkelakuan sekedemikian Namun cepat-cepat dia memikirkan perkara lain.
Dia rimas apabila berkali-kali abangnya itu membuat panggilan kepadanya sejak dia keluar pada siang tadi. Dan berpuluh-puluh jugalah mesej yang diterimanya. Namun, semuanya sia-sia sahaja kerana dia langsung tidak membacanya sebaliknya terus memadamkannya.
        
   
 Bagai berhenti berdegup jantungnya apabila membaca satu mesej daripada abangnya itu. Papanya dimasukkan ke hospital kerana strok. Jauh di lubuk hatinya terselit rasa bersalah. Dia mengemaskan barang-barangnya dan mahu segera keluar daripada hotel pengginapannya.
Dihalakan keretanya ke Hospital HKL tanpa sempat dia menukarkan persalinan bajunya di rumah terlebih dahulu. Tiba sahaja di ruang tempat menunggu dia sudah dapat menangkap kelibat abangnya yang sedang duduk di ruang menunggu dengan mukanya yang keruh.

“Jom..” Azizol menarik lengan Intan menuju ke ruang kafe. Intan dengan terpaksa menurut sahaja abangnya itu walaupun hatinya mahu melihat keadaan Datuk Wafie.

“Intan nak tahu satu rahsia?” Ujar Azizol dengan suara yang agak tinggi dan terketar-ketar. Biarlah hari ini dan saat ini menbuktikan segalanya kepada gadis itu. Biarlah rahsia itu terbongkar. Biarlah janjinya terhadap Datuk Wafie hanya terlerai tinggal sebuah sumpah. Biarlah dia menjadi pendusta. Dia sudah tidak pedulikan semua itu.

“Intan terlalu kejam terhadap papa.. Intan tahu tak?” Kata-katanya terhenti seketika. Intan Hazlina dilihatnya hanya tenang sahaja.

“Time Intan kat New York dulu, papa tidak pernah lepas pandang terhadap Intan. Sehinggalah saat Intan kemalangan teruk di sana dan kehilangan banyak darah. Dan time tu jugak doktor mengesahkan Intan menghidap barah hati..” Ujar Azizol dan terhenti. Intan Hazlina tersekima. Dia menantikan kata-kata seterusnya daripada abangnya itu. Sungguh dia terkejut!

“Papa lah orang yang paling sedih saat itu.. Dia sanggup mendermakan darahnya untuk Intan. Dia sanggup mendermakan hatinya untuk Intan. Kerana apa? Kerana dia terlalu mengasihi Intan. Kerana dia mengharapkan kemaafan Intan walau dia tidak pernah melakukan kesilapan itu di dalam seumur hidupnya. Tapi Intan telah menuduhnya..menbencinya..” Azizol berhenti untuk beberapa minitnya. Terlalu sebak dia mengenangkan saat itu. Saat seorang bapa yang sanggup bertarung nyawa untuk anak yang tidak pernah menganggapnya bapa.

“Papa berjaya mendapatkan penderma hati untuk dirinya.. Namun, itu semua tidak dapat bertahan lama dan dia terpaksa bergantung dengan ubat. Dan mungkin waktu untuknya sudah makin hampir. Dan untuk pengetahuan Intan, papa bukanlah lelaki yang Intan sangkakan. Cintanya tidak pernah luntur pada arwah mak Intan walau dia kahwin dengan mak abang. Dia hanya menunaikan permintaan arwah mak Intan.” Panjang lebar penjelasan Azizol suduh cukup membuat Intan menanggis teresak dan separuh meraung di situ. Sekarang sudah jelaslah semuanya. Papanya bukanlah seperti yang dianggapnya. Malah, papanya adalah seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Dia terus berlari ke wad di mana papanya ditempatkan.

            Intan Hazlina memegang hatinya dan matanya mengalir suatu air suam. Dia mengelus lembut pada pipinya. Dia memandang pada kubur di hadapannya dan memegang pada batu nisan kubur itu. Dipejam matanya. Sebak hatinya. Suatu tangan mengelus lembut bahunya sambil mengangkat bahu Intan agar dia bangun dan tidak menanggis di kawasan perkuburan sebegitu.

“Intan, jangan sedih. Sekarang dia dah tenang di sana..” Ujar Datin Hafizah menenangkan hati gadis itu. Intan memandang ke sebelahnya dan berlari anak kemudian.

“Papa, maafkan Intan..” Intan Hazlina memagut lembut tangan papanya dan dikucup.


“Papa sentiasa memaafkan Intan..” Ujar Datuk Wafie. Dia bersyukur anak gadisnya itu tidak lagi merajuk dengannya. Intan Hazlina tersenyum nipis namun dia bersyukur kerana umur papanya panjang dan dia masih sempat memohon keampunan daripada papanya. Saat itu hanya tuhan yang tahu betapa bersyukur dan bahagianya dirinya di samping papa, abang dan ibu tirinya itu… Dan dia telah bertekad tidak akan mengulangi kesilapannya itu lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan