Rabu, 1 Januari 2014

NOVEL= I'M NOT YOUR PERFECT HUSBAND! -BAB1

“Woi!! Kau ingat dah hapus lah sakit aku ini dengan maaf kau tu hah?!!” Jerit lelaki itu sambil dia cuba ingin menangkap Aqisha agar bertanggungjawab dengan kecederaannya. Aqisha yang kalut segera lari dan masuk ke dalam keretanya dan dikunci pintu keretanya. Dengan muka selamba dan tanpa berasa sedikit pun bersalah, Aqisha menjelirkan lidahnya lagak seperti seorang budak kecil yang nakal.

“I’m sorry.. Tak sengaja lah!!” Jeritnya dari dalam kereta. Lelaki meraung-raung dari luar kereta sambil diketuk-ketuknya cermin kereta itu  agar Aqisha segera keluar. Aqisha mengerakkan keretanya sedikit untuk memberi amaran kepada lelaki itu agar segera beredar dari situ kerana dia ingin pergi. Lelaki tadi dengan geramnya masuk ke kereta BMW Z4 miliknya dan mengejar kereta Aqisha.

Alamak!! Lelaki ini kejar aku! Mampus!!! Jerit Aqisha. Dia segera memperlajukan keretanya agar tidak disekat oleh lelaki itu. Gila ke dia ni? Aku dah mintak maaf kan?? Aduh… Tiba-tiba kereta lelaki tadi berjaya menyekat keretanya dan terus keluar dari kereta menghampiri Aqisha. Diketuknya berkali-kali cermin kereta itu. Aqisha menurunkan sedikit sahaja cermin keretanya. Bimbang juga dia jika diapa-apakan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

“Nak apa hah? Saya dah mintak maaf kan tadi?”

“Oh senang kau settled menda ni? Kau ingat badan aku besi tak sakit tadi? Buka pintu ni wei..!!” Jeritnya. Amar memang geram apabila perempuan itu berdegil dengannya. Tidak pernah lagi perempuan di KL tu berani melawannya. Fuh! Berangan pula Amar sehingga Aqisha berjaya mengundurkan keretanya dan bolos daripada Amar.

“Kejar lah woi kalau awak boleh!!” Laung Aqisha sambil dibuka cermin keretanya dan dia ketawa sinis. Dipecut laju keretanya agar tidak dikejar lagi oleh lelaki tadi.  Dia tersenyum bangga kerana berjaya bolos dengan mudahnya daripada Amar. Amar benggang dengan tindakan Aqisha.

“Ceh!! Siaplah kau perempuan! Tahulah nanti aku ajarkan kau kalau aku jumpa! Kau tak kenal lagi aku.. Ni Amar Naqif lah! Satu KL kenal aku!” Ujar Amar riak.

“Takpe..takpe.. Kali ni aku lepaskan kau.. Kau suka ganas-ganas eh? Nanti abang balas ganas-ganas ye lain kali..” Amar Naqif tersenyum sambil merencanakan sesuatu di dalam kotak fikirannya

“Ouff.. Lega aku terlepas daripada genggaman si melaun tadi tu!” Aqisha tergelak kecil. Dibetulkan lilitan tudung di wajahnya sambil direnung pada cermin pandang belakang kereta.


“Kau belum kenal aku lah.. Aku ni macam racer formula 1 lah.. Tok yah cakap..” Gelak Aqisha lagi. Dia mengerling pada jam. 

“Em, 11.30pagi. Lewat sejam ni! Ni semua salah mamat poyo bin tolol bin melaun bin jin tak paham bahasa!” Omel  Aqisha seorang diri.  Dikemaskan bajunya dan menuju ke laman rumah banglo mewah itu dengan perasaan yang malas dan tidak bermaya.

Ni bab1- I'm not your perfect husband! Saya baru ingin ceburi bidang ni..so, Saya harap korang komenlah untuk pengubahsuaian dan sebarang cadangan. Thnx. ^____^ ~Miss Ayka~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan