Rabu, 15 Januari 2014

NOVEL=I'M NOT YOUR PERFECT HUSBAND! -BAB2

Amar Naqif menperlahankan kereta BMW Z4 nya apabila lampu isyarat bertukar kepada warna kuning dan berhenti tepat-tepat di sebelah kereta viva putih. Dia memandu santai sahaja dan lagu yang diputarkan adalah lagu  yang dinyanyikan kumpulan kpop cnblue.

‘Sad…sad..sad..tonigh..’ Nyanyian kecil Amar diikuti rentak rancak lagu I’m A Loner sambil tangannya menepuk-nepuk stereng keretanya. Sekilas dia menoleh ke kanan dan berpusing ke hadapan kembali. Namun, kemudian serta-merta dia menoleh ke kanan kembali. Betul-betul tepat ke arah pemandu kereta viva putih di sebelahnya itu. Terlopong mulutnya.

“Hah.. Sad..sad..sad..tonigh… Oww.. memang sah! Bukan sad.sad..sad..dah bro! But, the game now!” Amar Naqif tergelak dan mula mengencam pemilik muka tersebut. Lampu dihadapan sudah menunjukkan warna hijau. Dia pula mengekori kereta tersebut. Namun, keadaan jalan yang luas dan lengang memudahkannya memecut laju dan menekan hon pada kereta tersebut sambil dibukanya cermin keretanya.

‘Alamak! Mamat ni!!! Macam mana dia boleh ada kat sini ni? Mati aku..’ Aqisha terkejut apabila melihat lelaki yang telah dia langgar tempoh hari lalu dipecutkan juga keretanya. Sharmila yang lena tertidur tersedar dan bertempik takut kerana Aqisha memecut seperti seorang pelumba kereta di litar. Dipegangnya kemas-kemas pada pemegang keselamatan di bumbung kereta.

“Wei Qis.. Asal kau drive laju ni? Aku takut.. Slow la.. Please…” Minta Sharmila bagaikan mahu menanggis.

“Kau tak nampak ke ada orang kejar aku sekarang ni? Kau gila ke nak slow. Nanti mampus lah aku!” Herdik Aqisha sambil dikawal kenderaan itu agar tidak dipintas oleh lelaki tersebut.

“Siapa?” Tanyanya sambil ditoleh ke kereta sebelah. Matanya terbeliak melihatnya. Aqisha pula sudah tidak mengendahkan lagi Sharmila di sebelahnya. Yang dia tahu sekarang, dia harus lepas daripada lelaki puaka tersebut!

“Wei.. Kau hutang along ke? Kalau kau hutang, berhenti lah.. Aku settle kan. Nanti kau bayar slow slow lah kat aku..” Pujuk Sharmila agar Aqisha memperlahankan kenderaannya. Dia terasa takut yang teramat sangat.

“Kau gila ke?” Sepatah sahaja ayat terkeluar daripada mulut Aqisha. Segera dia melajukan kenderaannya dan menbelok ke kanan. Lampu isyarat bertukar merah.

“Oh yes!” Jerit Aqisha kerana lelaki tersebut terpaksa berhenti kerana lampu isyarat bertukar merah. 
Manakala, dia pula sempat untuk bolos untuk kali kedua. Ternyata dia memang pemandu yang handal! Aqisha berangan. ‘Rugi pula aku tak masuk formula 1 tu!’ Aqisha mengusik-usik dirinya sendiri.

“Shit!” Jerit Amar hampa. ‘Ilmu apalah yang kau pakai hah perempuan sampai kau boleh bolos dari aku?’ Getus Amar sambil diketuk streng keretanya geram.

            Uwekk… Muntah Sharmila sebaik sahaja dia membuka pintu keretanya. Aqisha turun daripada keretanya. Dia menberhentikan keretanya di Tasik Titiwangsa. Lenguh badannya berkejaran dengan lelaki puaka tadi. Aqisha mengeliat kecil. Dihulurnya sebotol mineral kepada Sharmila.

“Apa yang kau dah buat kat balak tadi?” Tanya Sharmila setelah dia sudah baik daripada alahannya tadi. Aqisha memalingkan mukanya dan merenung Sharmila.

“Aku terlanggar dia. Then, aku bla macam tu je..” Ujar Aqisha bersahaja.

“Sebab tu dia marah kat aku ni.. “

“Kau dah gila ke?!! Means nya..kau langgar lari?” Sharmila menembak. Aqisha mengangguk kepalanya. Sharmila mati kata. Tidak sangka dan tidak percaya dia sahabatnya berbuat demikian.

“But, it’s not my wrong.. Dia yang crash me and now he angry me without reason!” Aqisha pertahankan dirinya walau ternyata dia yang bersalah!

“Crazy!!’ Marah Sharmila.

“Kau dah gila ke apa eh? Kau nak aku bawa kau kat hospital biul ke apa?” Sharmila tidak puas hati sambil diteguknya air mineral itu.

“Kau yang langgar dia. Then, kau bla macam tu aje. Eh, it’s your wrong lah! Kalau report memang kau yang salah la! “ Ujar Sharmila geram.

“But now.. Wait.. Wait.. Wait! At that time, kau buat apa hah sampai kau boleh terlanggar dia?” Tanya Sharmila pula yang kembali tenang dengan suaranya perlahan sedikit. Aqisha tersenyum bersalah sambil ditunjukkan isyarat dia sedang menelefon seseorang pada waktu itu.

“Hah! Memang sah lah kau yang salah!! Drive sambil gayut! Kau ni drive ambil lesen dengan sekolah memandu ke?” Templak Sharmila.

“Eh, of course lah!” Aqisha menjawab tegas dan bangga.

“Yelah tu kau ni! Tengok-tengok lesen cap ayam kau ni! Haprak!!!” Ujar Sharmila mengenakan sahabatnya itu sejurus itu dia lari kerana dikejar oleh Aqisha.


 “Dah lah!! Hantar aku balik!” Arah Sharmila selepas penat mereka berkejaran bagai budak-budak kecil pula. Aqisha berlengah-lengah masuk ke dalam keretanya. Malas dia menghujah panjang. Dia tahu yang Sharmila tidak berapa sihat setelah kejadian tadi. Maafkan aku Mil..

Baru dapat update bab2. ni saya masukkan separuh je daripada bab2..  Begitu juga dengan bab1.. separuh daripada bab. Bab bab lain Insyaallah nanti akan masukkan.. +_+

Tiada ulasan:

Catat Ulasan