Selasa, 21 Januari 2014

NOVEL= I'M NOT YOUR PERFECT HUSBAND! BAB4

Waktu begini memang emak dan abahnya tiada di rumah kerana mengerjakan solat subuh di surau berhampiran rumah. Semasa ingin masuk di dalam biliknya,tiba-tiba dirasakan ada kelibat yang melintasinya dari belakang.

Aqisha cuba untuk memberanikan dirinya untuk memusingkan kepalanya ke belakang. Namun cepat-cepat dia sangsi untuk berpusing lantas dia berpaling ke hadapan sahaja. Namun tiba-tiba terasa bagaikan bulu romanya berdiri tegak setegak-tegak seperti gaya rambut ‘punk’ budak muda zaman sekarang. Terasa bagaikan ada angin lembut bertiup di lehernya. ‘Alamak! Memang gatallah hantu ni? Sampaikan leher aku pun kau nak tiup-tiupkan..’ Marah Aqisha dalam hati.

“Alahai…janganlah kacau aku wahai hantu.. Aku nak pergi solatlah.. Tak takut ke hah?” Ujar Aqisha perlahan dengan suaranya terketar-ketar. Namun, masih dapat didengari. Habis pucat mukanya.

 “Tak..” Jawab satu suara tersebut mendayu-dayu di telinga Aqisha. Meremang segala bulu romanya dan berderau darahnya ke seluruh badan.

“Alamak!!! Mak..abah.. Ada hantu kacau Qis… Tolongg! Tolong!!” Aqisha melaung sambil berlari masuk ke dalam bilik dan menyorok di dalam selimut. Sudah lima minit dia berbungkus dalam selimut dan dirasakan keadaan di situ sunyi sahaja. Diberanikan dirinya untuk menjenguk keadaan di luar selimutnya. Namun, tidak semena-mena Aqisha bertempik kuat melihat muka seseorang di hadapan mukanya.

“Abang!!!!” Jerit Aqisha geram. Fazlan sudah ketawa kuat mengenangkan Aqisha yang lucu takutkan hantu.
Geram Aqisha dipermainkan sebegitu. Dia terus keluar daripada selimutnya. Kalau ikutkan hati.. Mahu sahaja dia sepak terajang abangnya itu. Ingat aku perempuan tidak tahu silat ke? Sekali aku angkat kaki kan.. Ke hujung dunia kau aku terajangkan! Eh, tapi kejap..kejap.. Aku pandai ke silat? Eh, perasanlah kau Aqisha. Asas silat pun tidak ada, dah berangan hingga ke hujung dunia nun! Ketawa hati Aqisha apabila menyedari terlalu jauh angannya tadi. Hubungannya dengan Fazlan agak akrab walaupun mereka adik-beradik berlainan emak dan berlainan bapa.

“Hai..setan pun boleh jugak ke ketawa kuat ek??” Aqisha menyindir marah sambil dilemparkan bantal ke arah abangnya itu.

“ Setan.tak setan… Tapi kan…budak tu takut hantu… Tak padan dah besar.. Habis tu nak kahwin macam mana?”  Usik Fazlan. Suka sangat dia mengusik Aqisha. Almaklumlah..Aqisha seorang sahaja adik yang dia miliki. Mereka terus ketawa bersama-sama.

Kahwin? Bila masa Qis nak kahwin?” Soal Aqisha yang baru sedar akan perkataan ‘kahwin’ yang disebutkan abangnya itu.

“Mak cakap..” Ujar Fazlan yang baharu sahaja terperasan dia sudah terlepas cakap. Malas dia mahu berdolak-dalik, terus sahaja dia berterus-terang.

“Amboi.. Cepatnya gosip tersebar. Macam reporter artis je..” Aqisha membalas.


“Em, dah lah.. Jom solat dik.. Nanti setan betul datang .. Kacau kita macam mana?” Fazlan mengajak Aqisha solat subuh. Aqisha hanya menurut.

Hump.. Syukur la.. dapat jugak wa update blog neh.. neh amik siket daripada bab4.. Jenuh gak la nak tambah2 bab-bab yang lain.. xsempat nak sambung lagi.. sibuk duk baiki yang telah siap tulis la.. ^__+

Tiada ulasan:

Catat Ulasan