Rabu, 15 Januari 2014

NOVEL= I'M NOT YOUR PERFECT HUSBAND! -BAB3

“Hai..kalau orang perempuan duduk kat tepi tasik termenung bagai, nanti makin dalamlah tasik ni nampaknya nanti..” Tegur seorang lelaki yang hanya memakai t-shirt putih krim dan seluar jeans krim coklat.

“Ek?? Kenapa pulak?” Tanya Aqisha dengan mukanya yang kelihatan seperti orang bodoh. Lelaki itu terus ketawa sekuat-kuat hatinya.

“Yela.. Dah ada dua kolam yang mengalir terus je masuk kat dalam tasik. Mana tak dalamnya tasik ni. Silap-silap, melimpah air tasik ni..” Ujar lelaki tadi. Aqisha menoleh ke kiri dan ke kanan mencari dua kolam yang dimaksudkan lelaki itu.

“Awak cari apa?”

“Kolam yang awak maksudkan tadi lah!” Ujar Aqisha. Lelaki tersebut menepuk kepalanya beberapa kali dan tergelak.

“Alahai .. tuan cantik.. Tapi, mudah sangat kena tipu!” Lelaki itu ketawa kembali.

“Orang perempuan kan suka layan perasaan lebih-lebih… Lepas tu nangis,  meraung.. Silap-silap hari bulan, terus terjun kat dalam tasik tu” Lelaki itu menerang satu persatu kepada Aqisha seperti lagaknya seorang guru menerangkan pelajaran kepada muridnya.

 Aqisha menyeringai mendengar kata-kata lelaki tersebut. Bagi Aqisha tidaklah dia sampai mahu membuat perkara yang dilarang agama.Dia masih ingat segala hukum agama dan Allah melaknat hambaNya yang membunuh diri. Berdosa besar dan nerakalah tempatnya selama-selamanya! Manis.. Walau tidaklah terlalu hensem sangat.. huhuhu.. Bisik hati Aqisha. Dia tersenyum membalas senyuman lelaki itu.

“ Hump..oh…” Sepatah balas Aqisha seperti seorang anak murid yang baru sahaja faham pelajaran sifunya.

“Bagus murid cikgu ni!” Puji lelaki itu pula. Dia terus mengambil tempat di sebelah Aqisha.

“Tapi kan.. Mesti sebab tersilap hari bulan kot, sebab tu dia terjun!” Sambung Aqisha sambil dibuat mukanya seperti budak sengap sahaja. Namun, dalam hati dia telah memasang perangkap untuk mengenakan lelaki itu balik. Lelaki tadi terpingga-pingga dengan kata-kata Aqisha itu.

“What’s you means about? Kenapa silap hari bulan pulak?” Tanya lelaki itu kemudian. Nah, jerat dah termakan, masa itulah Aqisha melepaskan ketawanya. Zairo sedar dia telah dikenakan semula oleh perempuan itu kemudian sama-sama turut ketawa.

“Jahat jugak awak ni ye?” Gelak lelaki itu bersisa lagi.

“Em, by the way.. Saya Zairo Azfar.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya ringkas sambil matanya tidak henti-henti merenung wajah mulus Aqisha. Aqisha tersenyum manis.

“Saya Qis..” Balas Aqisha pula. ‘Zairo Azfar? Em…  Boleh tahanlah tuannya. Badan sasa ke? Em..not bad lah.. Mata pun no bad kot.. Sama sahajalah dengan mata aku dan mata orang lain! Tinggi dia.. Em, tinggi sikit dari aku. Of course lah, dia kan lelaki kan! Hidung tak mancung dan tak lah  penyek macam ayam penyek tu. Eh, ada ke aku bandingkan hidung dia dengan ayam penyek tu pulak!’ Hehehe.. Gelak Aqisha dalam hati.  

“Cantik sungguh kan pemandangan kat sini kan? Dah lah ada awek cun pulak tu.. Cuci je lensa mata saya ni…” Zairo mengujar perlahan.

 “Hah apa dia awak?” Tanya Aqisha kembali. Tidak jelas dia mendengar pertuturan lelaki itu.

“Oh , tidak.. Cantik kan pemandangan kat sini.. Tu selalu saya datang sini.Tapi ni first time je nampak muka awak kat sini.. Patutlah lagi indah and cantik tasik ni..” Zairo mengelabah menjawab pertanyaan Aqisha.
Aqisha ketawa dengan celoteh Zairo. Rupanya pertemuan pertama itu telah menjalinkan satu persahabatan antara mereka. Aqisha senang dengan perwatakan Zairo walaupun mereka baharu sahaja mengenali antara satu sama lain. Zairo pula dalam senyap sudah terputik perasaan sayang walaupun hanya sekali bertentang mata dengan wanita di selahnya itu.

Humpp.. Kalau perempuan ni yang mama aku jodohkan tu.. Aku sanggup! Bisik hati Zairo. Dia mula memasang angan-angan bahawa perempuan itu bakal menjadi isterinya.. Adoi..macam nak tergolek-golek sampai dalam tasik ni je kalau dia jadi isteri aku. Huhuhu… Gelak hati Zairo berperasaan.

“Buruklah kalau pakcik duduk berangan kat tepi tasik ni.. Tadi cakap orang perempuan! Alih-alih dia pulak yang berangan… adoi…sakit.. Sakit..”Aqisha memulangkan paku buah keras. Zairo sedar bahawa dia telah diperhatikan. Lalu segera dia kembali ke alam nyata sambil tersengih.

“Em, berangan pun bukan kat orang lain pun.. Kat awek sebelah ni jugak.. Kat mak cik tersayang ni la!” Usik Zairo agar Aqisha tidak mengesan lebih banyak lagi apa yang diangan-angannya tadi. Kalau tidak, confirm perempuan ni lari ingat aku ni orang gila..

‘Baru jumpa terus jatuh cinta. Macam dalam novel cinta je.. First time jumpa, first time cakap, first time tengok muka, terus hati dup dap dup dap.. Macam tak logik langsung kan?? Eh, tapi tak mustahil kan?? Cinta itu kan datang tanpa mengira masa, tanpa menbatasi waktu mahupun menbilang usia! Jadi semua ini tidak mustahillah jika aku jatuh cinta kan? Mungkin hanya kebetulan sahaja macam dalam novel-novel cinta yang berlambak kat kedai buku tu! Cinta itu kan ibaratkan monyet dan pisang! Kan senang je si monyet tu makan pisang. So, as simple as that la.. Betul tak? So, I must make she love me as simple as monyet makan pisang!’ Zairo  mengiakan kata hatinya.

Aqisha segan dengan gurauan Zairo. Dia bangun sambil melihat ke arah tasik yang tenang sambil dilemparnya beberapa anak batu yang dikutipnya ke dalam tasik tersebut. Air yang tenang sedikit berkocak dengan usikan halus anak batu yang dilempar dan menghadilkan bulatan kecil. Aqisha tersenyum melihatnya. Teringat sewaktu dia kecil, selalu ditemani papanya ke tasik dan melempar anak batu ke dalam tasik.

“Kata pepatah.. Air yang tenang manakan tiada buayanya.Betulah pepatah tu kan? Hah, ni buayanya dah ada kat sebelah ni.. Betul-betul tepi saya!” Aqisha melawak lalu berjalan perlahan beredar. Zairo yang sedar pemergian Aqisha terus sahaja bangun dan berlari anak mengejar Aqisha. Dia tidak mahu pertemuan itu terhenti di situ sahaja.

“Em.. Tapi setidak-tidaknya buaya ni bergaya wak.. Pakai baju, seluar.. Pandai bergurau pulak tu!” Angkat bakul gamaknya Zairo. Aqisha ketawa kecil.

“Awak ni, emo la! Gurau je la… Yelah, saya suka buaya sekor ni… Manis!” Opss manis!! Tersasul daripada mulutnya terus sahaja Aqisha berpaling ke arah lain tanpa melihat raup wajah Zairo di hadapannya itu. Malu! Itu sahaja yang menyelinap di dalam dirinya kerana tersilap cakap perkataan itu.

‘Hah.. Kan dah pecah rahsia! Malunya.. Mana nak letak muka aku ni? Kalau boleh cabut kepala ni, aku dah letak dah dalam tasik tu.. Aik kepala? Eiii, taknaklah aku.. Tu kan penanggal sebab takde kepala?’ Zairo ketawa riang. Senang hatinya mendengar kata-kata itu.

“Lah .. Yeke, saya ni manis awak?? Bangga saya awak puji saya… Tak sangka awak suka saya..” Zairo membalas. Dia menggunakan peluang yang ada semaksima yang mungkin..

“Encik buaya ni nak mintak nombor telefon puteri tasik.. Boleh tak?” Dengan berani Zairo mencuba nasibnya. Papa.. Zairo dah cuba membuktikan Zairo ini lelaki berani.. Sempat pulak dia teringat kisah papanya memikat ibunya waktu muda-mudi dahulu. Hingga sanggup mengejar ibunya yang sudah pulang jauh nun ke selatan semata-mata untuk memikat hati ibunya serta ingin membuktikan kepada ibu bapa ibunya itu.

Akhirnya kerana barangkali berkat keikhlasan cinta yang tulus, kedua-dua nenek serta datuknya berkenan dengan papanya yang rela menjejak ibunya sehingga ke Johor. Dan mereka mengikat tali pertunangan seminggu selepas itu. Sekaligus berkahwin setelah sebulan bertunang! Begitulah kisah cinta papa dan mamanya yang sering dicerita-ceritakan oleh papanya sewaktu dia kecil-kecil dahulu. Mamanya pula tidak lekang dengan senyuman yang manis apabila papanya menceritakan kisah cinta mereka.

“Buaya pun ada handset jugak ke? Em..canggih… Modennye buaya zaman sekarang..?” Aqisha ketawa sinis sekaligus memecahkan angan-angan Zairo. Senang dan tenang hatinya melayan kerenah lelaki itu. Hilang segala masalah yang bercelaru dalam fikirannya tadi. Begitu juga dengan Zairo.

Kusut perasaan dia apabila ibunya memberitahu bahawa dia mahu dijodohkan dengan anak Puan Sri Maria. Entah ok ke tidak di hatinya nanti…dan kerana itulah dia pergi ke tasik ini. Kemudian secara tidak langsung membawa kepada pertemuannya dengan Aqisha dan secara tidak semena-menanya hatinya berdetik bahawa dia telah jatuh cinta!

“Patutlah buaya sekarang dah naik tocang je! Dah ada hendset bagai.. Ada fb, instagram, twitter and macam-macamlah. And sebab tu jugak lah ramai girl kat dunia ni tertipu kan dengan kata-kata manis si buaya… Buaya dulu pemalu menyorok dalam air je, kalau umpan datang baru ngap. Tapi, buaya sekarang terus je naik atas darat dan ngap ngap je..” Aqisha mengujar senang disusuli gurauan.

“Buaya sekarang dah berani, jujur terus je. Buaya dulu penakut.. Tu yang asyik melepas. Sebab tu air bertambah dalam. Sebab dilimpahi air mata buaya yang kecewa kerana melepas lah! So, buaya sekarang telah diasuh di sekolah-sekolah dan universiti agar menjadi buaya yang handal.” Zairo membalas gurauan Aqisha. Aqisha tergelak kecil. Kelakar juga lelaki ni..

“Dahlah Encik Buaya.. Saya nak balik dululah ye? Tak pasal-pasal berlamaan kat sini jatuh hati pulak dengan Encik Buaya.” Aqisha ingin pamitkan diri sebelum pulang. Kata emaknya tidak elok pergi tanpa meminta keizinan. Zairo terus mengelabah. Sedangkan dia ingin berkenalan lebih jauh dengan wanita di hadapannya itu.

“Laa.. Takpe.. Encik Buaya ni solo je. Single and available aje..” Ujar Zairo pula.

“Hummpp..saya nak nombor awak… Manalah tahu, kut malam-malam nanti awak bagi kiss ke.. Terus je saya berubah jadi seorang putera raja yang hensem! Macam dalam dongeng tu..” Zairo membalas lagi dan tersenyum.

“Eh..ada-ada je awak ni… Layan jugak ke cerita Putera Katak. Ingat lelaki, tak layan cerita macam tu..” Aqisha terhibur hati mendengar gurauan Zairo.

“Em, tengoklah nanti saya bagi lain kali..” Aqisha memutus ayatnya sambil tersenyum dan terus beredar. Zairo hanya melepaskan pemergian Aqisha dengan pandangan matanya yang sayu sahaja. Entah akan adakah lagi pertemuan antara kau dan aku? Dan akan terjalinkan hubungan antara kita nanti? Sungguh aku menantikan saat itu.

Skrg da tulis hingga 13bab.. Tapi masih dalam penambahan jalan cerita and pengubahsuaian.. Ni.. baru dapat update bab3. Tapi separuh jela.. Kalau ada sebarang komen and cadangan cakap tau.. Jgn malu2. Thnxx

Tiada ulasan:

Catat Ulasan